Kerajaan Mahu Belia Beritahu Apa Yang Mereka Mahu

Pelancaran hari Belia Negara telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Malaysia di sunway pyramid petang tadi,apa yang dilihat sambutan amat baik dan ucapan oleh PM untuk belia juga turut disiarkan,dalam ucapan TPM bahawa kerajaan dulu dan sekarang amatlah berbeza,jika dulu kerajaan mengetahui segalanya tapi kini tidak lagi dan pihak kerajaan kini dibawah pentadbiran PM kita amat memerlukan suara dan pandangan dari belia untuk memberitahu apa yang mereka mahu dan haruslah menjadi belia yang bijak pandai dalam menyampaikannya,parlimen belia akan ditubuhkan bagi memastikan suara-suara belia terus didengari,TPM juga turut menyampaikan ucapan terima kasih pada belia negara yang terus menyokong dan membantu pihak kerajaan dalam melakukan transfomasi dan meningkat kan pencapaian negara,tidak lupa juga TPM menyatakan kerajaan telah menyediakan 2 billion untuk belia-belia negara dan TPM menyatakan dana itu akan diuruskan dibawah kementerian belia dan sukan serta majlis belia malaysia dan TPM juga mengharapkan agar belia-belia negara turut serta dan mengambil peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dibawah pentadbiran BN.janganlah mengikut jejak langkah sesetengah belia yang kurang bijak,mereka sebenarnya bukanlah membawa suara mereka tetapi suara siapa yang membayar mereka dan mereka itu sebenarnya tidak bagus pun dalam pelajaran mereka.tapi yang datang pada pelancaran hari ini adalah dikalangan yang bijak pandai.dalam majlis ini juga TPM diraikan oleh belia-belia dan menteri yang hadir sempena hari lahir beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan